Powered By Blogger

Thursday 21 March 2013

Perbezaan yang amat ketara

Dah masuk 3 minggu kita hantar Nuzul kat bersekolah di SK Anchi. Terlalu jauh beza keadaan diri Nuzul ketika dihantar ke SK Miri. Kalau dulu nak hantar ke sekolah betapa payahnya. Setiap kali menghantarnya ke SK Miri memang hujan air mata akan menyelubungi hari. Sedih jugak melihat keadaannya yang selalu ceria akan berubah sekelip mata sebab tak nak pegi ke SK Miri.


Bukan saja perbezaan di dalam diri Nuzul yang ketara tetapi suasana Kelas PPKI SK Anchi amat jauh berbeza dengan SK Miri. Suasana yang ceria setiap kali menghantar Nuzul ke sana memang sentiasa ada. Berbanding dengan suasana di SK Miri yang sentiasa suram, murid-murid pun semua duduk je tak ada satu pun tanda keceriaannya di sana. Bak kata OMPUTIH "Spooky" seram!

Bersyukur jugak Nuzul diterima bersekolah di SK Anchi tapi hati ini memang sentiasa sedih mengenangkan anak-anak syurga yang masih berada di SK Miri. Sebab apa yang saya tahu, kanak-kanak istimewa ini amat memerlukan keceriaan di dalam kehidupan seharian mereka. Siapa saja yang tak nak happy bukan? Semua orang nak. "Positive energy" katakan.


Cikgu-cikgu SK Anchi pun mempunyai sifat kasih sayang yang 200%! Kenapa? Biar saya beri satu situasi yang tidak pernah kami lihat di SK Miri. Setiap kali nak balik sekolah, cikgu memang akan biarkan Nuzul nyanyi satu lagu dan tetapkan akan mainkan music dari handphone cikgu itu sendiri. Semua cikgu dalam kelas Nuzul akan serentak bertepuk tangan mengikuti alunan lagu yang Nuzul nyanyikan. Yes, Nuzul loves the attention from all the teacher.


Selalunya kita tak bawak pun reverse walker Nuzul kat sekolah biasa sebab kami rasa pergerakan Nuzul lebih mudah menggunakan wheel chair. Satu sebabnya jugak kita tak nak susah kan cikgu. Kalau Nuzul pakai reverse walker memang dapat tapi kita nak kena tunggu lah. Dan semasa kat sekolah SK Miri, cikgu pernah cakap kat saya "Nuzul lambat lah kalau pakai walker ni, baik tak payah bawak je sebab kita nak tunggu dia lambat". So since that day kita tak bawak reverse walker lagi.

Tetapi berbeza di SK Anchi, cikgu pulak beria-ria nak kita bawakan reverse walker sebab dia orang sedih tengok Nuzul bila waktu pendidikan jasmani. Nuzul terlalu excited di atas wheel chair seolah-olah mengikut setiap pergerakan murid yang lain. Tak kisah kalau Nuzul tak bergerak asalkan Nuzul berdiri supaya dia merasai keseronokan seperti murid-murid yang lain.

Walaupun Kelas PPKI yang sama tetapi bezanya adalah sifat-sifat simpati, empati, penerimaan, ikhlas, sabar, berfikiran positif, kreatif, adil dan mempunyai "sense of humour" yang perlu ada pada setiap guru pendidikan khas ini. Tanpa sifat-sifat itu perbezaan akan lebih jelas ketara.

Saya amat mengharap jika sesiapa yang ingin menceburi bidang pendidikan terutamanya yang memilih untuk mengajar kelas pendidikan khas ini. Dalami dan selami hati dulu. Uji diri sendiri untuk memastikan anda sesuai atau tidak menjadi Guru Pendidikan Khas. Kalau hanya untuk mengisi kekosongan atau tiada perkerjaan yang lain atau hanya kerana duit. Baik anda hentikan niat untuk mengajar anak-anak syurga ini. Kerana di pengakhirannya akan memberi impak yang besar kepada ibu bapa dan anak istimewa ini kelak. Ya, saya sudah merasai pahit dan onak duri berdepan dengan guru yang tidak ikhlas mengajar kanak-kanak istimewa ini.

Sebagai ibu kepada anak istimewa, pelajaran saya tidak begitu mendalam untuk menangani emosi atau tingkah laku mereka. Saya hanya belajar melalui pengalaman sendiri dan membaca dari artikel ataupun internet. Kita kan "layman". Jadi kami amat memerlukan guru yang telah menjalani proses pembelajaran di saluran yang betul untuk berkerjasama dengan kami dalam mendidik anak-anak syurga ini. Sokongan emosi juga penting kepada kami. Kami manusia biasa kadang kala mudah untuk jatuh tersungkur bila berdepan dengan rintangan dalam membesarkan anak-anak syurga ini. Kata-kata semangat dari guru secara positifnya amat penting bagi kami. Agar kami dapat gagah berdiri sebagai pelindung anak-anak syurga ini jika ada sokongan positif daripada guru terutamanya.

Tuesday 12 March 2013

Setiap kejadian ada hikmahnya

Nuzul dah mula bersekolah! Alhamdulillah, akhir nya Nuzul diterima masuk ke SK Anchi. Alahai gundah gulana hati saya memikirkan saat Nuzul mula bermula satu episod baru di sekolah baru. Apa tak nya bila kita dah turun naik membawa kes cikgu yg berhati sejuk tu ke Pejabat Pelajaran Daerah Miri. Takut pulak kerana kejadian tu Nuzul tak dapat bersekolah pulak.

Pada tanggal 25hb Februari, bermula lah Nuzul diberi gelaran murid SK Anchi. Cuak jugak pada mulanya sebab "cold blooded teacher" tu pernah mengajar di sana. Tapi kita mesti sentiasa berfikiran positif berdepan dengan segala cabaran di depan walaupun pahit atau pun manis kena telan jugak. Baru adventurous namanya.

Bila dah berjumpa dengan cikgu penolong kanan yang bertugas (nama terpaksa dirahsiakan) iaitu Cikgu A. Seribu kali rahmat Allah SWT menghujani kami apabila Cikgu A mula memberi sedikit suntikan semangat kepada saya dan Mydh. Tentang betapa mulia nya mengajar kanak-kanak syurga ini yang memberi berkat kepadanya. Cara Cikgu A menarik perhatian Nuzul apabila pertama kali bersua muka, membuat saya jatuh cinta dengan Kelas PPKI Sk Anchi.

Leganya hati bila meninggalkan Nuzul di sekolah dengan cikgu-cikgu barunya. Paling mengejutkan saya dan Mydh apabila mengambil Nuzul selepas sekolah, kedengaran suara Nuzul ketawa dengan gembiranya. Baru hari pertama tu. Masuk je dlm kereta terus Nuzul beritahu saya yang dia mahu pegi sekolah itu lagi esok hari.

Setelah 2 tahun mengharungi ujian berdepan dengan "cold blooded teacher" itu. Menelan segala "statement" menyakitkan hati dari mulutnya selama 2 tahun Nuzul bersekolah di Kelas PPKI SK Miri. "Nuzul ni lambatlah, Nuzul tak pandailah, Nuzul ni manja lah dan paling menyakitkan hati insiden "stroller" yang tak sama level dengan meja tulis sebab pada masa tu "wheel chair" Nuzul berada di Sibu untuk pengubahsuaian. Sanggup dia beritahu pengunaan "stroller" tak sesuai lah, tak sama level meja sekolah sebab agak sukar untuk Nuzul menulis dan makan. "Statement" yang paling menyakitkan hati "cold booded teacher" itu adalah "Lagipun Nuzul ni berat kalau nak diangkat ke kerusi sekolah"

Ya Allah, bukan nya nak gunakan "crane" pun nak angkat Nuzul dari "stroller" ke kerusi sekolah. Itu pun berat ke? Lagipun pengunaan "stroller" hanya untuk sementara waktu pun. "Cold blooded teacher" dasarnya dia pemalas. Nak keja ambik senang je sebab dia adalah cikgu menunggu kalendar. Cikgu yang tunggu gaji jer nama nya tu!

Friday 15 February 2013

Kehilangan....

Assalamualaikum buat semua pembaca yang setia walau di mana jua anda berada, lama tak update sebab saya dan anak-anak kurang sihat. Demam serumah bak kata bonda. Cuti tahun baru cina 2013 kita spend time kat umah je. Pada mula nya Nuzul dilanda demam panas yang mendadak sehingga mencecah 40.2c. Kebah jer Nuzul dari demamnya. Zaid pulak kena demam panas. Aduh ujian buat seorang ibu bila kedua2 anak tak sihat. Sekejap jer nak baik Nuzul pulak demam sekali lagi lantas petang tu jugak saya dilanda simptom yang sama. Ini lah ujian namanya. Selama 3 hari saya jatuh ke bumi tanpa membuat sebarang aktiviti rutin. Itu lah kesan nya untuk seorang ibu pada zahirnya bila sihat tak pernah nak berehat untuk diri sendiri apabila dilanda demam panas terus rebah tanpa sebarang amaran. Sekali kala saya bangun jugak dari tidur bila masa untuk anak-anak bertukar pakaian atau tiba masa untuk makan ubat. Ketika sakit, hati ini memang setiap kali memikirkan Nuzul & Zaid. Begitu payah untuk seorang ibu ini untuk sakit. Suami pulak tak dapat nak ambik cuti kerana keja banyak kat pejabat. Yelah kita ada tanggunjawab masing-masing. Kudrat saya masih ada untuk menjaga Nuzul & Zaid semasa sakit. Pengorbanan namanya.

Kenapa kehilangan tajuk entri ni? Sebab pada tanggal 12/2/2013 tepat jam 3 petang, suami telah kehilangan seorang sahabat baik yang tewas dengan kanser tahap 4 yang dihidapi nya setahun yang lalu. Suram dan muram menyelebungi hati suami pada petang itu. Deringan telefon yang tak henti-henti dijawabnya dengan tenang walaupun pada ketika itu saya tahu hati nya memang sedang menangis, meratapi kehilangan seorang sahabat dunia dan akhirat. Saya turut merasai kehilangan beliau sebab saya adalah salah satu pembaca setia blog "Teratakarmo". Setiap entry yang di update saya baca setiap hari. Arwah bukan sahaja sahabat baik suami tetapi dia jugak seperti keluarga kepada suami. Arwah suka menolong dan sering kali membantu ibu mertua saya tat kala suami dan adik beradiknya ketika itu tidak mempunyai kenderaan. Arwah lah yang membawa ibu mertua saya ke asrama adik ipar ketika itu di SM Sains Miri. Pilunya hati. Suami sempat melawat arwah di Kuching bulan lepas. Walaupun hanya sehari suami meluangkan masa bersama arwah, tiada penyesalan dihati suami sekarang sebab dia sudah berjumpa dengan arwah buat kali terakhir. Diharap jika isteri arwah Kak Maz, ada membaca blog ini, saya ucapkan salam takziah dari kami sekeluarga. Semoga Kak Maz tabah dengan ujian Allah SWT ini, kuatkan hati untuk meneruskan kehidupan nanti demi anak-anak. Buat arwah Abg Azhar Ramli, laki kmk Zul Panjai akan selalu merindui ktk dan sentiasa akan mengingati ktk sampei bila2. Al Fatihah. Semoga roh nya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama-sama org-org yg beriman. Amin

Thursday 17 January 2013

Surat terbuka untuk seorang guru pendidikan khas

Assalamualaikum Cikgu Hjh Naemah (Penyelaras Kelas Pendidikan Khas SK MIRI)


Sebelum kmk tok nak mengator ayat-ayat yang akan mungkin menyakitkan hati ktk, kmk mohon maaf dolok lah. Apa-apa yang akan kmk tulis tok pun adalah dari sikap ktk selamak 2 tahun lebih kmk ngantar Nuzul kat kelas ktk. Mungkin ktk sik sedar apa yang ktk cakap ngan kmk memang selalu menyentuh hati kmk, ibu kepada seorang kanak-kanak istimewa. Selalunya org yang cakap lepas tanpa memikirkan org lain tok memang akan mudah lupak bah. Kerana kmk selalu berdepan ngan org yang sentiasa berfikiran negatif mcm ktk.
Kalau ktk dah lupak, tok kmk refresh balit kata-kata sarcastic ktk terhadap kmk & bapak Nuzul :-
1. Masa Nuzul terberak kat sekolah, pembantu cikgu yang nolong cuci berak Nuzul. Ktk sms kmk madah hal kejadian ya. Kmk ada madah ngan ktk berkali2, kalau Nuzul terberak kah or terkencing kah? Ktk call jak kmk. Kelak rela keluar dari office untuk Nuzul supaya nya sik padah beban. Bukan kmk ooo madah beban tapi dari kata-kata ktk seolah Nuzul ya beban. Mcm nei ktk padah, tok kmk refresh gik balit
“Kelas tok bukan nurseri dan pembantu cikgu bukan org gaji”
“Lepas ya kmk heran dgn sidak pendidikan sik menapis dolok mbiak yg belom toilet trained sebelom di antar ke kelas khas”
Lepas ya ktk yang suggest kmk bawak Nuzul ke Sunflower 2 kali seminggu. And to let you know I still kept your SMS as an evidence.
Ktk tauk Naemah… Sejak ktk madah ya.. Kmk dah pun draft surat aduan ke Ministry of Education (MOE) pada thn 2011. Tapi oleh kerana kmk pentingkan pendidikan untuk Nuzul  & kmk jaga muka ktk & pihak sekolah kmk tahan jak surat ya dlm inbox email kmk.
2. Puasa – Ktk nyuroh kmk jgn bekal kan makanan untuk Nuzul utk ngajar nya puasa. Lepas ya siap lagik ktk bandingkan Nuzul ngan anak ktk. Naemah, anak ktk ya normal. Ktk rasa betulkah or perlukah banding anak istimewa. Ktk tauk sik concept jadi parents yang sebenarnya. Even kmk sik compare pun Nuzul ngan adiknya yang normal. Ktk sik boleh molah comparison.  Atau pun ktk dah biasa compare anak ktk ngan sidak adik beradik nya yang lain. Jadi dah kebiasaan nak?
Kelak-kelak pun Nuzul akan puasa bila tiba masa nya dah tauk benar-benar erti puasa. Just perlu berik Nuzul masa nya.
3.  Merendah-rendahkan keupayaan Nuzul. Part tok nang kmk sik puas hati benar ngan ktk Naemah. Pasal nok ney satu? Tok kmk refresh ktk lagik. Masukkan beads dlm tali. Ktk madah Nuzul lambat molah aktiviti ya. Depan Nuzul lagik ya. How dare you! Ktk tauk sik cara tackle special student. You should not look down on his abilities. Ktk perlu motivate Nuzul supaya molah aktiviti ya. Kenak kat rumah kmk ngan bapak nya boleh nyuroh molah aktiviti less than one hour. Even less than 5 minutes. Because kmk berik nya sokongan yang Nuzul. That’s it! Senang jak. Sik perlu merungut depan parents nya lambat molah.
4. Wheelchair. Naemah, ktk tauk apa sebab kmk modified wheelchair Nuzul. Bukan kmk org suka-suka pun modified but as instructed by his doctor. Kenak? Mok ator posture badan nya. Sik guna ajar Nuzul berjalan kalau postur badan nya membongkok. Kmk sik mok anak kmk terus menerus duduk atas wheelchair, kmk mok nya berjalan. Stroller nok dipakei nya hari Isnin 7hb January 2013 ya bukan utk selamak-lamak nya makei. Sementara jak pun. Ktk mereco madah stroller sik sama level ngan meja tulis lah, susah nya nak makan lah, stroller ya sik stabil lah bila disorong paling hati bapak Nuzul sakit bila ktk madah “Berat bah nya mok diangkat di atas kerusi”. That is a big mistake you ever made towards special needs children’s parents! Bapak nya kan dah explained pun awal-awal sebab apa Nuzul makei STROLLER instead of WHEELCHAIR kan… Jadi boleh kah ktk instead of merapu-rapu madah itu ini menyakitkan hati org, apa jak salah ktk end conversation madah “Oh macam yakah… Ok lah”.
Naemah, ktk tauk sik mun ktk sik bercakap ngan kmk lagik bagus… Sebab apa? Kata-kata yang selalu keluar dari mulut ktk ya selalu menyakitkan hati kmk.  Lepas ya sigek kmk mok madah ktk, Nuzul sik mok turun kelas sebab ktk. Ktk tauk sik… Nuzul ya paham apa org pun cakap… Nuzul ya tauk sapa suka nya seikhlas hati sapa sik… Ya kelebihan Nuzul sik semua org ada… Jadi mungkin ktk ada madah tentang nya depan cikgu lain… and he can understand that…  
Ktk special needs education teacher bah… And you should know more than that… Sebab ktk ada belajar… you go through all the process right? The process of learning on the special needs children education… Tapi padah benar lah ktk langsung sik ada criteria ya… Ktk layak jadi cikgu disiplin ajak… Ktk sik ada simpati dan empati terhadap kanak-kanak istimewa tok pada pandangan kmk…
Ktk mcm sik ada perasaan hormat pada kmk org ibu bapa kanak-kanak istimewa tok…  Kemungkinan ktk sik berisik anak istimewa ataupun saudara mara yang mempunyai anak istimewa sebab ya lah ktk sik professional dlm memberi pendapat… You are teacher from the books and not from the heart…  Ktk perlu ingat dunia tok bulat and I believe you believe in karma… Kalau sik anak ktk kenak macam anak kmk… mungkin cucu-cucu ktk ada yang istimewa… Lepas ya baruk ktk merasa apa yang kmk rasa…. Bukan nya mendoa tapi saja memberi peringatan….

Monday 19 November 2012

Hari Isnin yg tak mahu berkata apa-apa ;)

Percobaan pertama - Victoria Sandwich Cake



Chocolate Chips Brownies for the boys tea break


Redvelvet Cake with Cream Cheese ordered by my niece's teacher
My favourite Sultana Butter Cake!
For MY IT DEPT, I know you guys are reading my blog... Thanks ya ha ha ha... Kirim salam tau ;P

Thursday 8 November 2012

100% for Bahasa Melayu

Apa reaksi anda bila anak anda seorang anak istimewa dapat score 100% untuk Bahasa Melayu? Alhamdulillah a very gooood progress for 8 years old cerebral palsy and have a delay problem in learning. I'm in tears. Yes I'm in tears...

See that the "A"!!!!
Macam tak percaya bila lihat keputusan Nuzul for the 2nd semester. His great achievement ever. Kenapa tak percaya? Sebab kat rumah Nuzul tak tunjuk apa yang dia tahu. Bila baca kat kolum catatatn guru, markah/ujian diberi mengikut penguasaan murid di kelas. Memang Nuzul kalau dari segi percakapan, Alhamdulillah kita tiada masalah berkomunikasi dengan Nuzul. Dia faham setiap arahan yang diberikan.

His teacher comment that make mommy flying to the air ;)
Komen Cikgu Ron yang memberi semangat kepada mak untuk yakin dengan Nuzul dari segi akademik. Dengan Nuzul, saya agak sukar untuk mengharap sesuatu yang tinggi sebab kita tahu macam mana keadaan dia. We know that he lack of concentration sometimes and it all depend on his mood. Kalau dah moody tu nak ajar sebanyak yang boleh pun tak dapat. Perkataan "Paksaaan" tu tidak ada dalam kamus saya bila mengajar Nuzul. Dia bukan nya macam Zaid, bila ajar sekali dah tahu baca ABC sampai Z. Dengan Nuzul ni nak tahu mood dia macam mana. First half belajar boleh ajar 5 abjad dalam satu masa. A to E because after a few minutes, his mind will wandering somewhere else.

Jadi sesiapa pun tidak ada hak mempersoalkan saya bagaimana Nuzul mendapat 100%. Mungkin bagi orang lain yang tak faham memang memandang remeh bila pelajar Pendidikan Khas ini mendapat markah yang tinggi. Tetapi bagi saya ini adalah pencapaian yang sangat berharga. Bagi kami ibubapa dan seluruh keluarga Muhammad Nuzul ini adalah satu kejayaan buat kami yang amat yakin dengan apa yang Nuzul lakukan. Jadi jangan mempertikaikan setiap kehebatan yang ada di dalam setiap insan yang istimewa ini.

Insya Allah, one day he will be a Very Very Important Person (VVIP). Trust me.

Monday 22 October 2012

Grocery shopping

Shopping? Siapa saja yang tak suka shopping. One of my routine activities every month. Don't get me wrong, it is not a clothes, shoes, or handbags shopping but it is a Grocery Shopping yayyyy. Normally I did my grocery every once in the month. I will wake up as early as 6am. So by 7.30am I will be heading to my favourite spot of grocery shopping that is Ng Sian Hap Trading but locally Mirian will say "Kenyalang". Why? The logo or the mascot of the grocery store is Hornbill also known as "Burung Kenyalang". So we end up calling the store "Kenyalang". The only grocery store that open up at 7.30am. For myself I didn't like to shops when there are a lots of people. My way of shopping is to browse every shelves peacefully without any interruption. Then I can get all the stuff right and fast.

My shopping bags. No Prada, LV, or Burberry paper bag ;P
Koleksi berharga untuk sebulan ni...
Selalunya saya pergi membeli belah sorang ya. Sebab lebih senang tanpa anak-anak atau MYDH. Lagi cepat kalau pegi sorang. But sometimes my MIL will ask me to accompany her to the market. Kalau dgn MIL, I suka sebab she is my partner in crime. Dia banyak ajar saya cara untuk memilih barang-barang basah. Then I learn a lot from her. Sebab tu I tak takut kalau pegi market sorang-sorang. I dah confident kalau nak pilih ikan or ayam yang segar bugar. Satu hari kena jugak belajar hidup berdikari tanpa bantuan org lain.

Shopping ni jugak satu terapi tau untuk menghilangkan stress yang sedia ada. Tak percaya cuba lah satu hari pergi membeli belah di market. Tengok ikan, ayam, sotong, udang, buah-buahan, sayur-sayuran, ha mata pun tak sakit. Bukan shopping baju atau kasut jer boleh hilangkan stress. Balik rumah kalau dapat semua yang kita inginkan, perasaan gembira tu sukar untuk digambarkan. Kadang kala I pernah tau balik bawak sayur jer sebab barang-barang basah lain tak ada. Kecewa! Tapi semua nya terpulang dengan rezeki kita pada hari itu sebab tak semua hendak kita dpt kan?

Insya Allah pada satu hari nanti akan saya, turunkan ilmu membeli barang basah kat market ni dengan menantu perempuan saya. Wajib ikut mak mentua pegi pasar basah. Syarat tu, jangan main-main. Tak tahu nak pilih ikan segar I reject tau.