Powered By Blogger

Monday, 19 November 2012

Hari Isnin yg tak mahu berkata apa-apa ;)

Percobaan pertama - Victoria Sandwich Cake



Chocolate Chips Brownies for the boys tea break


Redvelvet Cake with Cream Cheese ordered by my niece's teacher
My favourite Sultana Butter Cake!
For MY IT DEPT, I know you guys are reading my blog... Thanks ya ha ha ha... Kirim salam tau ;P

Thursday, 8 November 2012

100% for Bahasa Melayu

Apa reaksi anda bila anak anda seorang anak istimewa dapat score 100% untuk Bahasa Melayu? Alhamdulillah a very gooood progress for 8 years old cerebral palsy and have a delay problem in learning. I'm in tears. Yes I'm in tears...

See that the "A"!!!!
Macam tak percaya bila lihat keputusan Nuzul for the 2nd semester. His great achievement ever. Kenapa tak percaya? Sebab kat rumah Nuzul tak tunjuk apa yang dia tahu. Bila baca kat kolum catatatn guru, markah/ujian diberi mengikut penguasaan murid di kelas. Memang Nuzul kalau dari segi percakapan, Alhamdulillah kita tiada masalah berkomunikasi dengan Nuzul. Dia faham setiap arahan yang diberikan.

His teacher comment that make mommy flying to the air ;)
Komen Cikgu Ron yang memberi semangat kepada mak untuk yakin dengan Nuzul dari segi akademik. Dengan Nuzul, saya agak sukar untuk mengharap sesuatu yang tinggi sebab kita tahu macam mana keadaan dia. We know that he lack of concentration sometimes and it all depend on his mood. Kalau dah moody tu nak ajar sebanyak yang boleh pun tak dapat. Perkataan "Paksaaan" tu tidak ada dalam kamus saya bila mengajar Nuzul. Dia bukan nya macam Zaid, bila ajar sekali dah tahu baca ABC sampai Z. Dengan Nuzul ni nak tahu mood dia macam mana. First half belajar boleh ajar 5 abjad dalam satu masa. A to E because after a few minutes, his mind will wandering somewhere else.

Jadi sesiapa pun tidak ada hak mempersoalkan saya bagaimana Nuzul mendapat 100%. Mungkin bagi orang lain yang tak faham memang memandang remeh bila pelajar Pendidikan Khas ini mendapat markah yang tinggi. Tetapi bagi saya ini adalah pencapaian yang sangat berharga. Bagi kami ibubapa dan seluruh keluarga Muhammad Nuzul ini adalah satu kejayaan buat kami yang amat yakin dengan apa yang Nuzul lakukan. Jadi jangan mempertikaikan setiap kehebatan yang ada di dalam setiap insan yang istimewa ini.

Insya Allah, one day he will be a Very Very Important Person (VVIP). Trust me.

Monday, 22 October 2012

Grocery shopping

Shopping? Siapa saja yang tak suka shopping. One of my routine activities every month. Don't get me wrong, it is not a clothes, shoes, or handbags shopping but it is a Grocery Shopping yayyyy. Normally I did my grocery every once in the month. I will wake up as early as 6am. So by 7.30am I will be heading to my favourite spot of grocery shopping that is Ng Sian Hap Trading but locally Mirian will say "Kenyalang". Why? The logo or the mascot of the grocery store is Hornbill also known as "Burung Kenyalang". So we end up calling the store "Kenyalang". The only grocery store that open up at 7.30am. For myself I didn't like to shops when there are a lots of people. My way of shopping is to browse every shelves peacefully without any interruption. Then I can get all the stuff right and fast.

My shopping bags. No Prada, LV, or Burberry paper bag ;P
Koleksi berharga untuk sebulan ni...
Selalunya saya pergi membeli belah sorang ya. Sebab lebih senang tanpa anak-anak atau MYDH. Lagi cepat kalau pegi sorang. But sometimes my MIL will ask me to accompany her to the market. Kalau dgn MIL, I suka sebab she is my partner in crime. Dia banyak ajar saya cara untuk memilih barang-barang basah. Then I learn a lot from her. Sebab tu I tak takut kalau pegi market sorang-sorang. I dah confident kalau nak pilih ikan or ayam yang segar bugar. Satu hari kena jugak belajar hidup berdikari tanpa bantuan org lain.

Shopping ni jugak satu terapi tau untuk menghilangkan stress yang sedia ada. Tak percaya cuba lah satu hari pergi membeli belah di market. Tengok ikan, ayam, sotong, udang, buah-buahan, sayur-sayuran, ha mata pun tak sakit. Bukan shopping baju atau kasut jer boleh hilangkan stress. Balik rumah kalau dapat semua yang kita inginkan, perasaan gembira tu sukar untuk digambarkan. Kadang kala I pernah tau balik bawak sayur jer sebab barang-barang basah lain tak ada. Kecewa! Tapi semua nya terpulang dengan rezeki kita pada hari itu sebab tak semua hendak kita dpt kan?

Insya Allah pada satu hari nanti akan saya, turunkan ilmu membeli barang basah kat market ni dengan menantu perempuan saya. Wajib ikut mak mentua pegi pasar basah. Syarat tu, jangan main-main. Tak tahu nak pilih ikan segar I reject tau.

Saturday, 29 September 2012

Patutkah?

Sumber dari http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/09/24/menteri-kbs-bukan-kementerian-kebajikan/

Menteri: KBS bukan Kementerian Kebajikan

Jamilah Kamarudin | September 24, 2012
Tahap persaingan yang rendah memudahkan atlet paralimpik memperoleh pingat berbanding atlet normal.


KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan  Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek  menegaskan kementeriannya tidak mampu memberikan layanan yang adil kepada atlet golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) terutamanya dalam pemberian imbuhan kepada pemenang pingat.

Ahmad Shabery berkata, tahap persaingan yang rendah memudahkan atlet paralimpik memperoleh pingat berbanding  atlet normal yang terpaksa melalui saringan yang lebih sengit dan melalui beberapa perlawanan sebelum dapat melayakkan diri dalam sesuatu kejohanan terutamanya Olimpik.

“Kalau bagi insentif yang sama sudah tentu dianggap tak berlaku adil bagi atlet lain yang mengalami proses yang jauh lebih susah dan mereka kemungkinan akan tuntut jauh lebih beberapa kali ganda jika habuannya sama rata.

“Ini tak boleh seimbang kerana perlu ambil kira banyak faktor berkaitan tahap kompetitif yang berbeza-beza.

“Apa yang penting kepada atlet OKU kita beri lebih banyak peluang untuk ambil bahagian, itu lebih penting. Menghargai,” katanya dalamsidang media di lobi Parlimen hari ini.
Katanya, keputusan itu diambil selepas mendengar pelbagai pandangan profesional yang berpendapat habuan perlu diberi berdasarkan tahap persaingan yang dilalui setiap atlet dalam sesuatu perlawanan.

Nafi berat sebelah
“Tapi saya bersedia mendengar pandangan lain sekiranya ada pandangan lain, bukan pandangan sentimen .
“KBS bukan Kementerian Kebajikan Masyarakat nak bagi (insentif) kerana fokus kita untuk melahirkan atlet sukan jadi sudah tentu ia melihat keapda perspektif berbeza.
Namun begitu, beliau menafikan wujudnya layanan berat sebelah kepada atlet OKU.
“Kalau nak kata kita kurang beri tumpuan pada OKU tidak betul kerana atlet paralimpik kita terbaik di rantau ini.
“Kementerian ada bina Kompleks Sukan untuk OKU di Kampung Pandan dengan kos RM50 juta dan sudah 90 peratus siap.
“Kalau selama ini mereka menumpang, kini mereka sudah ada tempat khusus,” katanya.

Friday, 28 September 2012

"Why Maybank should give me the tickets to Legoland"

I'm trying my luck. Here we go...

Why Maybank should give me tickets to Legoland because the main thing it is free! Plus my 2nd son loves lego so much. He will bring the whole box of his lego anywhere even though he is not feeling very well. And the miracle box of Lego will surely cheers him up. When I went to outstation, he stayed with his dad at grandma's place and he never leave the blue magic box.


The first time he was admitted to hospital


His masterpiece at 2nd day in ward.

The Lego Minifigures committee meeting lead by BEN 10
When he saw the advert of Legoland Malaysia on TV. He is so excited and keep on begging me and his dad to go there. "Mak, if you already have a lot of money, can we go to the Legoland? Please lah Mak", he kept on begging with this words. Kesian pulak every time iklan Legoland Malaysia keluar kat TV, dia akan utarakan soalan itu.

He is so creative.
Can you see the magic blue box are always with him? He can even play with all the bricks for hours. I like the moment when he is so concentrate playing with his lego. Sometimes he can be so creative in creating something out of the colourful bricks.

He told me this is a ship.
His collections of Lego Minifigures
Boy toys!
Sometimes I can't give everything that he want. So we end up buying the Lego Minifigures. Dalam budget mak dia tu Lego Minifigures. Kalau nak diikut hati Zaid memang kalau boleh satu bakul lego dia nak beli. Nanti mak dia pulak yang berpeluh-peluh time nak bayar. Zaid boleh dikatakan addicted dah dengan Lego ni.

Macam ni lah reaksi kalau bapak dia setuju nak beli Lego yang dia idamkan.


Ini reaksi bila mak cakap tak boleh
Jadi kesimpulan nya anak saya memang dah jatuh cinta dengan Legoland Malaysia. Sebab-sebab kenapa memang dah terbukti melalui gambar-gambar yang mak dia dah upload kan. Just to let you know, this is my first ever joining the internet contest. So hopefully I can win the awesome prizes. And on behalf of my dear son, I would like to say many thanks to spare your time to read my entry for this contest.

Thursday, 27 September 2012

Haikal, 12 years old an autistic savant

He is an autistic boy
Selalu tengok dalam internet je budak gifted macam ni. Bila dah jumpa live in action, I jadi tak terkata. Haikal memang gifted macam Stephen Wiltshire yang melukis cityscapes dan panoramic print. How I know him? His mom is my dear friend and colleague. I have known Haikal since 2002. Pakai pen hitam je tu. Dia melukis mengikut his memory. His mom told me he loves to see building. Dia bukan setakat tengok sekali pandang je but dia tengok every details of the structure. Jangan cakap banyak mari kita lihat hasil lukisan yang tulus mulus dari Haikal.

Lihat lah ketelitian yang ada pada keja nya.


Miri Bintang Megamall from the eyes of special gifted boy


The banner, the poster and all the lines that been reserved in his memory

The great masterpiece of 12 years old an autistic boy

Every details that he captured in his mind

I hope one day he'll be a great artist

Jadi apa pendapat anda bila melihat hasil keja anak yang istimewa ini? Are we as a normal human be able to memorized every single details of this building? No for me. Adakah ini dikatakan pada tahap yang rendah jika dibandingkan dengan artis biasa? Penilaian standard yang rendah dan tinggi bukan terletak ditangan kita manusia biasa untuk mengadilinya. Semua nya atas kuasa Allah SWT.

Bila ada dikalangan orang yang cerdik pandai yang bebas menyatakan betapa rendahnya tahap OKU jika dibandingkan dengan orang lain, sememangnya sungguh tidak munasabah. I know parents with special needs child will definitely know who is the person I'm talking about. Bila berkata-kata tu, tolong lah saya merayu, lihat lah sekeliling anda. Adakah kata-kata itu sesuai diutarakan kepada media untuk disampaikan secara langsung kepada orang ramai. Ataupun anda tidak mempunyai perasaan atau tiada dikalangan keluarga anda tidak mempunyai special needs child macam kami sebab itu lah anda lantang bersuara tanpa menjaga perasaan orang lain. Tapi ingat lah wahai incik yang berjawatan besar. Allah SWT Maha Adil dan Maha Berkuasa dalam menentukan segala-galanya. Bukan niat untuk mendoakan yang buruk berlaku tetapi sekadar memberi peringatan secara halusssss.

You are invited...

Ahhhhchoooo... Nampaknya ada debu2 dah melekat kat blog ni... Sorry lama tak bersiaran, rancangan selalu sangat tergendala bila time hujan-hujan kat Miri ni... Alah macam Astro pulak kalau dah hujan memanjang jer tak dapat nak tengok TV...

So today entry are all about TYT's Tea Party for celebrating TYT Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin 91 birthday and Nuzul was one of the invited guest. Percaya tak? Percayalah bila I upload all the pictures nanti yeee...

Sebenarnya ini lah aktiviti pertama formal Nuzul bersama 20 orang yang terpilih dari Sunflower Centre. And we think this is a great opportunity to let him to be with all his centre friends. Al kisah nya pulak berbeza bila kita tinggal Nuzul kat sana. What exactly happened, he start to scream all out. And I can even heard all the screaming from the entrance of Eastwood Valley Golf & Country Club. Apuuuu nyabak anak aku...

Bila dah dengar Nuzul menangis dan menjerit alahai agak terok jugak... Then I have to run there and comfort him. Kesian anak mak, satu muka dah basah dengan air mata dan segalanya... He kept on begging me to stay with him. So the teacher just let me to be with him for a while then go when he is okay. Nampaknya cara tu tak berkesan he kept on screaming when I tried to leave. Akhir-akhirnya urusetia JKM beritahu that I can stay with him. Then mommy was the uninvited guest that day. Alamak nasib baju yang I pakai sempurna for that kind of event. Dah lah meja untuk Sunflower Centre memang sebelah red carpet. Berpeluh-peluh maknya dibuat Nuzul stay kat majlis tu.

Lepas all the drama tangisan and jeritan, Nuzul start happy pulak sebab mak ada then he really feel secured. Dah relax-relax duduk temankan Nuzul, urusetia datang kat meja inform that I have to push Nuzul's wheel chair nanti bila tiba acara menerima sumbangan dari TYT. Alamak! I kena naik ke? Mak pulak start nervous balik. Kalau bagi orang lain sorong nanti sambung pulak adegan air mata. Apa nak buat on je lah.

Throughout the event, Nuzul behaved very well. He enjoyed the foods so much. The foods are superb.


This event is mainly for all the unfortunate families, special needs children also orphanage. I loves this kind of event when TYT of Sarawak celebrates his birthday with them. The noble way to show his appreciation for all the unfortunate families also the orphanage and special needs children.

The happy face when mummy is around.

Enjoying herself... dancing yay!

Move like a jagger lah!

Dancing and enjoying the "Anak Kampung" song

Ah peduli dengan org lain... Let's move it move it!

My 2 special angels ;)

Oh no I'm falling in love with that cute Adrian...

Ready for the group photo.

With YB Fatimah


Nuzul dah hilang fokus...

With teachers & Sunflower abg & kakak....

Goodies

Mak's handsome boy

Dapat duit okay :)

Alhamdulillah. Terima Kasih....


Luckily I bring along my camera. Dapat lah jadi jurukamera terjun. Me & Nuzul had a great fun day. Q times yang tidak dirancang. Apa yang menarik semasa end of the event, when we stand along beside the red carpet, tunggu TYT and his wife lalu, Nuzul terus je tepuk setiap bahu VVIP yang lalu. Nak salam. Macam tahu pulak yang org-org yang lalu tu penting. Alhamdulillah semua yang VVIP salam kat Nuzul, friendly lah. Nak menyombong apa pulak kan, semua yang kat situ semua budak-budak yang luar biasa.

Terima kasih sangat-sangat buat badan-badan kerajaan yang membuat majlis seumpama ini. Meraikan hari jadi TYT Sarawak dengan mereka-mereka yang istimewa. Bagi saya adalah paling penting untuk mereka menghargai orang-orang yang istimewa ini. Mengembirakan orang-orang tertentu adalah satu perkara yang murni. Semoga Allah SWT sentiasa memberi kesihatan yang baik buat Tuan Yang Terutama Tun Abg Muhammad Salahuddin sekeluarga dan sentiasa dilimpahi rezeki yang berlipat ganda. Terima kasih seikhlas hati dari Muhammad Nuzul sekeluarga.

Thursday, 30 August 2012

Selamat Hari Raya 2012

Salam semua, agak lambat menyambut hari raya tahun ni. Raya tahun ni agak sibuk sikit. Because the 4th day hari raya dah nak terbang ke Kuching for Nuzul's orthopedic appointment. Tu lah I a bit tak ada mood nak beraya. Esok nak raya baru nak sibuk buat kek 2 biji plus biskut 2 jenis jer. Alhamdulillah menjadi jugak kek & biskut yang betol-betol last minute tu. Sorry ye, gambar-gambar kat Kuching dah lah tak banyak ambik lepas tu tragis nya Nuzul dah delete semua gambar yang saya ambik pakai iPod then Zaid delete yang dia sendiri ambik pakai DGcam. Yang ada hanya gambar dibawah, hu hu hu

Hasil tangkapan di MNG The Spring Kch he he he
Sebelom saya berceloteh dengan panjang lebar nya sila lah menikmati gambar-gambar raya kita yeee

Family kita lah...
My one & only eldest sister's family...
My parents and my siblings... Nak tahu siapa yang dulu, sila lah ikut urutan dari kiri ke kanan yeee
Girls in the family....
Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga
Jadi kita berbalik dengan al kisah temujanji Nuzul kat Kuching. Alhamdulillah semua nya okay. Prof Dr Anam, Prof Dr Chin & Prof Dr Josephine semuanya berpuas hati dengan perubahan kaki Nuzul. Lega nya saya dan suami sebab mereka cuba sedaya upaya untuk mengelakkan sebarang pembedahan buat masa ini. Hanya Nuzul perlu lebih banyak lagi exercise dan menggunakan foot splint sebanyak yang boleh. Dan appointment in the future will be yearly so we will be flying over to Kuching, Insya Allah next year in the month of August or September 2013. Satu lagi berita yang mengembirakan bila appointment date semakin kurang. Nuzul kan terkenal dengan appointment dengan pakar-pakar. Setahun memang saya akan habiskan satu atau dua hari cuti untuk temankan Nuzul. Pakar Neuro lagi, Pakar Gigi, Pakar Pediatrik, nasib dah tak ada jumpa Pakar Mata lagi.