Rasa hati nak berhijrah ke tempat lain tetap ada tetapi bila difikir-fikirkan tentang apa impaknya. Membuatkan saya berfikir berjuta-juta kali lemon. Bayangkan, saya berada di sini selama 10 tahun, daripada seorang anak dara, berubah status kepada seorang isteri dan mendapat gelaran baru iaitu seorang ibu, saya tetap di tapak yang sama. Jadi semua kisah-kisah kehidupan saya bagai kan sebati di sini. paling penting saya tidak boleh mengambil sikap mementingkan diri sendiri apabila mengenangkan keadaan Muhammad Nuzul. Kesihatan dan penjagaan Nuzul perlu diambil kira jugak. Kadang kala saya terpaksa mengambil cuti yang agak panjang bila Nuzul terpaksa masuk wad ataupun menjalani pembedahan. Jika syarikat lain belum tentu dapat memahami keadaan saya. Mengambil emergency leave memang kadang kala terpaksa bila Nuzul kurang sihat. Bukan kita nak pun dia sakit tapi sudah ketentuan Allah SWT.
Sering kali jugak saya menanyakan pendapat suami tentang persoalan ini. Tetap jawapannya "kalau you rasa nak mementingkan diri sendiri, you pegi tapi please think about Nuzul". That's it. Bila saya tanyakan colleague lain yang agak rapat dengan saya tentang ini, ini jawapan nya "You perempuan As then you have to take care of your kids, especially the eldest son, you need to take care of him more. Just stay here until the company don't want you anymore or sampai pencen". I still got the same answer.
Persekitaran office pulak memang saya ambil kira sangat. Sebab apa? Selesa? Ya sangat selesa walaupun kadang kala stress-stress tertentu tetap ada tapi I still survived though.
Jadi biarlah kawan-kawan yang ingin mencari pengalaman baru pergi. Biarlah saya tetap di sini atas sebab-sebab yang mengikatkan kaki saya untuk terus mencurahkan bakti kepada company yang sanggup menerima saya yang serba kekurangan ini. Pendamkan saja lah niat untuk mencari tapak yang baru. Anggaplah kata-kata yang mengatakan saya akan terus keja disini sehingga tua sebagai pandangan yang positif. Kadang kala orang tidak tahu apa sebab nya saya terus melekat di sini. Paling senang sekali saya katakan saya SETIA.
| Yang setia dua, yang dua lagi dah berhijrah. |
| Me & my ex-collegues. |


No comments:
Post a Comment
Melodi sila lah jgn komen yang membakar jiwa ok?